Cara DIY Pemasangan Fluted wall Panel Jalur dirumah Anda

Memasang panel dinding beralur atau Fluted wall panel boleh meningkatkan daya tarikan pesona rumah anda…

Fluted Wall Panel Kebenet.com

Memasang panel dinding beralur atau Fluted wall panel boleh meningkatkan daya tarikan pesona rumah anda dengan ketara. Panel ini Trend Terbaru yg sedang hangat di sekitar KL & Singapura.

Panduan DIY kacang ini akan menerangkan anda melalui proses tersebut, termasuk alat dan alatan utama yang diperlukan seperti semburan pelekat, pemotong pisau, gergaji kecil & silikon

Alat yang di Diperlukan Untuk Pemasangan

  • Pisau utility knive: Untuk memotong panel agar sesuai dengan dinding.

  • Gun Silikon: Untuk digunakan untuk silikon atau caulk.

  • Silikon jenis Maxbond: berfungsi sebagai pelekat Fluted panel ke dinding

  • Spray pelekat: Product Spray Gam khusus yang boleh menggantikan Maxbond

  • Pita Tape pengukur: Untuk mengukur dinding dan panel dengan tepat.

  • Penanda atau pensel: Untuk menandakan ukuran pada panel.

  • Timbang Air: Untuk memastikan panel anda lurus semasa pemasangan.

  • Pemutar skru atau paku tanpa kepala (pilihan): Untuk sokongan tambahan jika diperlukan

Sebelum anda mula, kumpulkan alat dan bahan berikut yang anda boleh dapati di kedai Hardware terdekat, mrdiy atau eco-shop

Hanya ada satu perkara paling penting yang perlu anda tahu:

Hanya PANEL PERTAMA HARUS BETUL-BETUL LURUS. Jika panel pertama lurus, panel seterusnya akan lebih mudah dipasang dan hasilnya pun smart! Jom ikuti tip ini.

Fluted-Panel-Jalur-Kebenet.com

Fluted Wall Panel: Hiasan Serba Guna untuk Setiap Ruang di Rumah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca!

Hari ini, kami ingin memperkenalkan Fluted Wall Panel – elemen hiasan dinding yang sedang trending dan mampu memberikan sentuhan moden serta elegan ke dalam rumah anda.

Fluted panel, atau panel bertekstur alur, bukan sekadar untuk dinding biasa. Ia boleh digunakan di pelbagai sudut rumah dengan kreativiti tanpa batasan!

Apa Itu Fluted Wall Panel?

3 Area Utama Penggunaan Fluted Panel Jalur di Rumah Anda

Ruangan Tamu yang MenarikGunakan fluted panel sebagai latar belakang TV atau dinding fokus (accent wall). Kombinasikan dengan lampu LED untuk kesan dramatik. Warna neutral seperti putih atau kayu sesuai untuk suasana santai.

Fluted F100 Tv Wall 1 - Kebenet.com

Tangga & Koridor yang UnikTransformasi ruang kosong di bawah tangga atau koridor dengan fluted panel. Tambah rak hiasan atau lampu sorot untuk kesan lebih hidup!

Fluted Wall Panel Di Ruangan Tangga By Kebenet.com

Kamar Tidur yang CozyHiaskan kepala katil (headboard) dengan fluted panel! Kombinasi tekstur lembut langsir dan alur panel mencipta atmosfera mewah tanpa perlu perabot mahal.

Fluted-Wall-Panel-Bedroom By Kebenet.com

Fluted panel ialah panel dinding yang mempunyai permukaan berlekuk (alur) secara konsisten. Ia diperbuat daripada bahan seperti MDF, kayu, PVC, atau gypsum yang tahan lama. Teksturnya yang unik mencipta permainan cahaya dan bayang, memberikan ilusi ruang lebih luas dan dinamik.

Mengapa Pilih Fluted Panel?
Versatile – Sesuai untuk dalaman & luaran.
Mudah Dipasang – Ringan & sesuai untuk pelbagai permukaan.
Tahan Lama – Anti lembap & kurang penyelenggaraan.
Estetik – Menambah nilai kemewahan minimalis atau kontemporari.

Sg 11134202 7Rbmq Lmspcg7Ozpspe3 Resize W828 Nl 1 M2Waeve0Kztd2Nkv - Kebenet.com

Info Penting untuk Luruskan Panel Pertama

Sila Layari video ini untuk cara pemasangan yang jelas

1. Kenapa Panel Pertama Perlu Lurus?

Panel pertama bertindak sebagai “panduan” untuk semua panel berikutnya. Jika panel ini miring atau tidak rata, panel seterusnya akan ikut senget benget, dan keseluruhan hasil pemasangan akan sama-sama senget-benget. Jadi, luangkan masa lebih untuk pastikan panel pertama betul-betul lurus menggunakan:

  • Timbang Air (alat pengukur aras) atau laser level.

  • Tanda pensil untuk garis panduan.

2. Dinding Tidak Rata? Jangan Risau!

Perbezaan kesengetan (wall difference) biasa berlaku, terutama di rumah lama. Kebiasaannya, perbezaan ini antara 0.5 inci hingga 3 inci. Cara atasi:

Langkah-Langkah Penting

  1. Periksa Dinding: Gunakan water pass untuk kesan bahagian dinding yang tidak rata.

  2. Buat Garis Panduan: Lukis garis lurus menegak/mendatar (ikut susunan panel) sebagai rujukan.

  3. Pasang Panel Pertama: Letakkan panel mengikut garis panduan, gunakan skru atau gam kuat. Pastikan tiada goyang!

  4. Lanjutkan Panel Seterusnya: Rapatkan panel kedua ke panel pertama, dan ulangi langkah.

Dan bagaimana untuk Dapatkan Fluted Wal panel?

Boleh WhatsApp kami untuk kiraan & pengukuran ruang

Kebenet Single Box - Kebenet.com

Atau boleh buat pembelian sendiri di Shopee